Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.Anugerah kehidupan menggambarkan kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat, Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website yang baik dengan blog yang baik dan bercirikan islamiah, ilmiah yang terpenting sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
        
       Setiap yang dilahirkan di muka bumi ini akan melalui suatu tempoh masa yang dinamakan kehidupan. Setiap orang akan menafsirkan kehidupan ini berdasarkan maklumat dan pengalaman yang diterimanya sejak dia mula berfikir dan dapat menyimpan memorinya. Bagi seorang muslim dia melalui satu jalan pintas untuk mengetahui apakah sebenarnya hakikat kehidupan ini melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

       Namun itupun bergantung kepada bagaimana cara dia dibesarkan dan sejauh mana pendedahan terhadap maklumat daripada sumber tadi yang diperolehinya sama ada daripada ibu bapanya atau persekitaran yang membesarkannya.

       Anda sebenarnya dilahirkan sebagai manusia merdeka yang bebas menentukan jadual waktu hidup anda sendiri dan sepatutnya hanya takut dan taat kepada Allah s.w.t sahaja. Anda juga  layak menjadi Jutawan tidak kira anda tinggal di mana, ada atau tiada Ijazah. Jangan memperkecilkan keunikkan diri anda yang diciptakan oleh Allah Yang Maha Esa. Hargai dan yakinlah kebolehan diri anda sendiri. Kenali kelebihan itu, perbaiki dan berterusan berusaha serta hanya memohon kepada Nya untuk menjadikan anda Jutawan yang takwa dan zuhud. Percayalah Allah s.w.t Maha Kaya dengan perbendaharaaNya, jika keseluruhan makhluk meminta, tidak sedikit pun mengurangi perbendaharaan Nya. Dan ianya adalah percuma....Ingat , kesudahannya kepadanyalah kita akan dikembalikan. Dunia ini hanyalah tempat senda gurau...1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Jika kita hidup 70 tahun ianya bersamaan 1 jam 40minit sahaja. Oleh itu jadilah Jutawan di dunia & akhirat.


" Jutawan sejati ialah mereka yang mentakrifkan dirinya seorang pejuang yang gagah berani, tiada apa pun yang dapat mengubah haluannya menjadi JUTAWAN melainkan kematian ".
=  ikmal
=  musse
=  khai
2009 - 2010 Danajaya2u Copyright. All rights reserved.
       Kedai Online



       Radio Online
  
       Bank Online

DANAJAYA2U
WEB SITE
UTAMA                GALERI                CHATROOM                HUBUNGI
SHARE FILE

Storan dalam talian percuma
Muat naik, capai, kongsi muzik, video, foto anda

CITRA MANUSIA

lembayu senja menambahkan duka
sakit dan sengsara darahnya tiada
satu pengorbanan satu pengharapan
kembara panjang dimana kesudahannya

citra manusia
dibalik tirai rasa
kasih yang tersurat tersimpulah hasrat
kugenggam harapan ku tekad impian
tiada makna doa tanpa pengharapan

setelah ranjau duri ku tempuhi
kaki terluka sembuh sendiri
dan aku tak mahu bermimpi

kau mampu humbankan diriku
dalam nestapa dalam sengsara
tapi itu bagiku satu permulaan
dalam mengejar sebuah impian

citra manusia
cerita harapan
citra manusia
satu perjuangan